Tuesday 27 December 2011

Biar mimpi sampai ke bintang

Sebuah telemovie baru arahan Michael Ang menggandingkan pelakon Malaysia dan Indonesia bakal mendapat sambutan hangat tak lama lagi. Telemovie Biar Mimpi Sampai ke Bintang membariskan pelakon utamanya Randy Pangalila dari seberang dan Nurul Elfira Loy dari Malaysia akan ditayangkan di Astro Ria pada 22 Disember 2011. Michael Ang juga mengarahkan telemovie Ungunya Cinta lakonan Shaarnaz dan Leez, cinta komedi ala ala Ali Setan. Memang best cite tu.



Randy Pangalila baru berusia 20 tahun pelakon yang selalu menghiasi sinetron dan menjadi kegilaan peminat di seberang dan jugak di Malaysia akan berlakon di samping Elfira, 17, dalam kisah cinta yang nampak menarik jika lihat trailer dan video promo di you tube.
Dalam telefilem Biar Mimpi Sampai Ke Bintang, Randy memegang watak sebagai Andy, jejaka dari Indonesia yang datang ke Malaysia untuk mencari cintanya, Alya (Elfira). Telemovie ini bergenre mistaken identity comedy.
SINOPSIS PENUH Biar Mimpi Sampai Ke Bintang:
Mengisahkan Alya seorang gadis biasa yang kerjanya membantu ibunya (Sharifha Shahora) di pasar borong menjual ayam.  Sementara itu Andy (Randy Pangalila) seorang anak jutawan dari Indonesia Hardiyanto Sasputra. Andy mempunyai seorang ibu tiri. Kehidupan Andy membosankan kerana dia hanya dikelilingi oleh rakan rakan yang hanya berkawan kerana dia anak jutawan.
Andy menghilangkan rasa bosan dengan mengunjungi Mak Yam (lakonan Didie Alias) bekas orang gaji di rumahnya dulu yg telah berhenti kerja , untuk menghilangkan rasa bosannya.
Mistaken identiti berlaku apabila kedua-dua Andy dan Alya ni bertemu di laman Facebook, dan mereka menyamar sebagai orang lain. Andy menyamar sebagai anak orang miskin ,manakala Alya menyamar sebagai anak orang kaya.
Pertemuan kali pertama mereka benar-benar menjadikan pertemuan itu sebagai jatuh cinta pandangan pertama. Bermula saat itu, berbagai-bagai perkara suka duka berlaku dalam hidup mereka. Mereka semakin rapat dan akhirnya tidak mampu menafikan yang masing-masing benar-benar serasi antara satu sama lain.
Para pelakon lain dalam telemovie ini ialah : Ezzrin Loy, Hanez Suraya, Mahmud Ali Bashah, Sharifah Shakinah, Didie Alias dan Sharifah Shahora.
video Promo dan Traile Biar Mimpi Sampai ke Bintang

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...